Hati aku
Tuesday 16 February 2016, 19:35 ϟ 0 People(s)
Pernah kau berhenti sekejap dan berfikir, segala hati yang
baik dan lembut itu kadang kadang adalah yang paling keras, paling tabah dan
paling kuat kerana bisa lagi menghadap dan tidak memaling pergi dari apa yang
membuatkan ia berdarah?
Pernah kau berhenti dan berfikir, dalam setiap pengorbanan,
ikhlas adalah suatu yang perit dan kadang kadang diam itu menjadi tanda bahawa
terpaksa adalah sebab kenapa diri rela menikam hati sendiri dari hati yang
lain?
Pernah kau berhenti dan berfikir, dalam setiap kata dan
senyum yang aku luahkan, penuh dengan pengharapan moga moga kau nampak betapa
aku sakit untuk mengukir ketawa agar hati kau tidak gundah gulana?
Pernah kau berhenti dan berfikir, atas dasar apa aku sanggup
merendah diri dan meletakkan harga hati ini jauh lebih rendah , agar kau bisa
membeli ?
Pernah kau berhenti dan berfikir , dalam diam aku juga
berbicara dengan lantang, berteriak dengan kuat, bahawa aku tidak kuat. Bukan
kau sahaja yang lemah, aku juga lemah , tapi harus diam kerana lemahnya aku
harus tidak ditunjukkan agar kau senantiasa kuat.
Pernah kau berhenti dan berfikir, yang terbaik itu sentiasa
ada, tapi bukankah yang membahagiakan juga adalah yang terbaik? Bahawa pilihan
itu adalah satu kompetisi yang begitu kejam?
Tapi kata hati , semua soalan jawapannya ada pada hati .
Benda yang benar itu senantiasa ada, senantiasa wujud di depan mata. Sanggup
atau tidak sanggup sahaja yang membezakan. Seribu tahun itu sekejap, mungkin
pada hati yang bersambut , tapi bagi hati yang menunggu?
Bagai menelan arang hitam, ditelan panas , diluah melekat di
lidah .